ADS
mk-logo
Berita
Lebih 400,000 rumah kampung, kos rendah dikecualikan cukai taksiran
Diterbitkan:  Oct 4, 2023 12:33 PM
Dikemaskini: 4:33 AM

Kerajaan Selangor mengecualikan cukai taksiran bagi 426,656 rumah kos rendah dan rumah kampung untuk penggal kedua tahun ini, dari 1 Julai sehingga 31 Disember.

Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM29.42 juta kepada semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu.

“Bantuan secara bersasar ini diharapkan meningkatkan pendapatan boleh guna bagi golongan yang memerlukan serta mengurangkan kos sara hidup,” kata Menteri Besar Amirudin Shari dalam kenyataan hari ini.

Perkara itu antara lima komitmen yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas mendapat mandat baru selepas pilihan raya negeri lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS