Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kedutaan AS dapat kebenaran cabar perintah bayar jaga RM66,000

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk mencabar keputusan Mahkamah Perusahaan yang sebelum ini memerintahkannya membayar RM66,000 kepada seorang pengawal keselamatan yang diberhentikan kerja 15 tahun lalu.

Hakim Amarjeet Singh membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman itu, berikutan tiada bantahan yang dibangkitkan oleh bekas pengawal keselamatan Kedutaan AS, L Subramaniam, serta Mahkamah Perusahaan.

Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas mahkamah sivil itu, kemudiannya menetapkan 16 Jan tahun depan untuk mendengar hujahan lisan pihak-pihak yang bertelagah mengenai merit semakan kehakiman yang sewajarnya.

Pada 2 Mei lalu, dilaporkan Mahkamah Perusahaan memerintahkan Kedutaaan AS membayar RM66,000 kepada seorang pengawal keselamatan susulan pemecatannya yang didakwa secara tidak sah pada 2008.

Dari permulaan, pasukan peguam Kedutaan AS berhujah bahawa Mahkamah Perusahaan Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes pemecatan itu.

Semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini, peguam Kedutaan AS Lim Heng Seng memaklumkan bahawa adalah dipercayai kedua-dua responden dalam kes ini - Subramaniam dan Mahkamah Perusahaan - tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman.

Peguam Subramaniam, Shoban Nair Gobi kemudian memaklumkan Amarjeet bahawa bekas pengawal Kedutaan AS itu tidak mempunyai bantahan.

Hakim kemudiannya membenarkan perintah dari segi terma, termasuk penangguhan sementara bagi pelaksanaan keputusan Mahkamah Perusahaan, sementara menunggu pelupusan semakan kehakiman yang sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan tahun depan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS