Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes bakar tahfiz: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan tertuduh

Seorang lelaki berusia 22 tahun memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan membunuh 23 penghuni tahfiz dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, enam tahun lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Haijan Omar yang mewakili tertuduh mengesahkan pihaknya telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

“Rayuan telah difailkan pada Khamis (21 Sept),” katanya.

Ditanya sama ada pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan balas untuk membatalkan keputusan membebaskan seorang lagi individu berumur 22 tahun - yang dibebaskan tanpa dipanggil membela diri- Haijan berkata setakat ini mereka hanya dimaklumkan oleh mahkamah berhubung rayuan pihak pembelaan.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pihak pendakwaan bagi mengetahui sama ada mereka telah mengemukakan rayuan balas kepada Mahkamah Persekutuan atau sebaliknya.

Memandangkan perbicaraan telah diputuskan di Mahkamah Tinggi dan rayuan telahpun dibawa ke Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan kini merupakan jalan terakhir bagi pihak pembelaan dan pendakwaan.

Pada 11 Sept lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan tertuduh untuk membatalkan sabitan bersalah dan dia kekal di penjara selama tempoh diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Tertuduh berusia 16 tahun ketika kejadian dan tidak berdepan hukuman mati.

Pada tarikh yang sama, panel tiga hakim mahkamah rayuan juga tidak membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan untuk membatalkan pembebasan rakan tertuduh.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS