Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Almalena Sharmila dilantik Peguam Cara, Suzana Atan jadi Peguam Cara II
Diterbitkan:  Sep 20, 2023 5:38 PM
Dikemaskini: 10:50 AM

Dua wanita dilantik menduduki jawatan tertinggi Jabatan Peguam Negara.

Peguam Negara, Terrirudin Mohd Salleh, berkata pelantikan itu selaras dengan Arahan Pertukaran Pegawai Undang-Undang Bilangan 107 dan 108 Tahun 2023.

"Jabatan ini memaklumkan pelantikan Almalena Sharmila Johan sebagai Peguam Cara Negara dan Suzana Atan sebagai Peguam Cara Negara ll.

Almalena Sharmila Johan

"Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 2 Oktober 2023," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Almalena, yang sebelum ini Ketua Bahagian Penasihat Jabatan Peguam Negara dilantik sebagai Peguam Cara bagi menggantikan Ahmad Terrirudin, yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Peguam Negara pada 6 Sept lepas. Dia pula menggantikan Idrus Harun yang tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September lalu.

Sebelum ini, Almalena, yang mewakili Jabatan Peguam Negara, bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol Akmal Che Mustafa; telah berlepas ke Madrid, Sepanyol, berhubung isu tuntutan Kumpulan Sulu.

Suzana Atan

Pelantikan Suzana sebagai Peguam Cara II pula bagi mengisi kekosongan oleh Almalena. Dia adalah Peguam Kanan Persekutuan yang mengendalikan kes-kes sivil, dan petisyen pilihan raya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS