Paling Popular
Terkini

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata reputasi Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor “rosak” berpunca daripada faktor tadbir urusnya sendiri.

Setiausaha agung PKR itu berkata demikian dalam pernyataan pembelaan terhadap saman Sanusi susulan dakwaan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik, Kedah.

“Sehubungan dengan reputasi Sanusi, yang didakwanya telah dicemari, Saifuddin berpendapat bahawa reputasi Sanusi sudah tentunya telah dikompromi, direndahkan dan dipersenda.

“Walau bagaimanapun, Saifuddin berhujah bahawa kerosakan reputasi Sanusi ini bukan berpunca daripada kenyataan-kenyataan tersebut tetapi sebaliknya berpunca daripada faktor tadbir urus dan penyelewengan pentadbiran Sanusi semasa beliau menjadi MB Kedah dan pengerusi MBI Kedah,” kata defendan.

Saifuddin Nasution Ismail

Pernyataan pembelaan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 14 September.

Saifuddin juga membangkitkan pengendalian dana  Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang didakwanya berlaku secara tidak wajar atau dengan cara yang menunjukkan “kekurangan kepintaran kewangan” serta isu tadbir urus kontroversi berkaitan REE.

“Semua perkara ini menunjukkan bahawa Sanusi mungkin dianggap sebagai seorang pemimpin yang lemah, tidak mempunyai kualiti kepimpinan yang mantap seperti yang diperlukan untuk

mentadbir sesebuah negeri dengan berkesan,” katanya.

Peguam defendan Navpreet Singh berkata tindakan sivil itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 21 September.

Pada 3 Ogos lalu, Sanusi menyaman Saifuddin dan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang jumlahnya diserahkan kepada penentuan mahkamah.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS