mk-logo
Berita
Tujuh maut dipanah petir di Yaman
Diterbitkan:  Sep 17, 2023 8:15 AM
Dikemaskini: 12:15 AM

GLOBAL | Tujuh maut dipanah petir dalam kejadian di wilayah Hodeidah di barat laut Yaman, dalam tempoh 24 jam lepas, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Sabtu, lapor Xinhua.

Mangsa terdiri daripada enam wanita dan seorang lelaki dari daerah Al-Luhayyah dan Az-Zuhrah di bahagian utara wilayah itu.

Ia merupakan kejadian terbaru dalam siri bencana sama yang dilaporkan di seluruh negara itu semasa musim hujan ini.

Pusat Meteorologi Kebangsaan Yaman telah mengeluarkan amaran kepada rakyat di beberapa wilayah, termasuk Hodeidah, mengenai ribut petir, hujan lebat dan banjir.

Dalam laporan baru-baru ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bahaya bencana alam semula jadi berkaitan perubahan iklim, memburukkan lagi krisis kemanusiaan di negara yang dilanda perang itu.

Kejadian cuaca ekstrem itu telah memusnahkan infrastruktur Yaman yang rapuh dan meningkatkan ketakjaminan makanan dan mata pencarian, menurut PBB.

- Bernama-Xinxua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS