Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pasukan petugas khas percepat asing kuasa AG, pendakwa raya
Diterbitkan:  Sep 12, 2023 6:46 PM
Dikemaskini: 10:46 AM

Dua pasukan petugas khas akan dibentuk untuk mempercepatkan pengasingan peranan dan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan pendakwa raya (PP).

Gesaan untuk pemisahan itu semakin diperhebat berikutan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan di mahkamah.

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata pembentukan pasukan petugas khas itu diputuskan pada mesyuarat pertama untuk meneliti perkara tersebut.

Katanya, kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan itu dan menjelaskan satu pasukan petugas akan diamanahkan untuk mengkaji perbandingan manakala satu lagi pasukan akan meneliti aspek teknikal.

"Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada serta peraturan-peraturan berkaitan, selain membawa implikasi kewangan dan perjawatan yang besar kepada kerajaan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Azalina yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata perbincangan berkenaan tertumpu kepada cabaran melaksanakan pembaharuan.

"Hasil perbincangan akan dimaklumkan dalam mesyuarat jemaah menteri yang akan datang bagi pertimbangan selanjutnya,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS