Menjadi kebiasaan apabila ekonomi negara-negara dunia melangkah dari satu tahap ke tahap yang lain dari masa ke semasa.
Perkembangan bermula dari agraria atau tradisional, menuju ke pertanian, pembuatan dan perindustrian.
Pada zaman pascamoden ekonomi dunia pula berasaskan ilmu pengetahuan susulan adanya komputer dan kecerdasan buatan (AI).
Rencana ini cuba mencatatkan rekod perkembangan ekonomi Malaysia sewaktu perkembangan ini.
Malaysia negara berpotensi tinggi
Sewaktu merdeka dahulu Malaysia dianggap mempunyai masa depan paling cerah.
Negara kita menikmati banyak cahaya matahari, hujan, tanah yang subur, tumbuh-tumbuhan dan bahan mentah.
Walaupun populasinya kecil, kita mampu dan sedia bekerja kuat, dan malah berpelajaran tinggi.
Negara kita tiada gunung berapi aktif, tiada gempa bumi, tiada banjir besar besaran, tiada angin ribut, tiada salji, tiada salji untuk mengancam tanaman dan kehidupan manusia dan binatang.
Pada masa yang sama, jiran serantau seperti China, India, Korea, Taiwan, Indonesia, India, Vietnam, tidak sebertuah negara kita.
Kesemua ini penjana atau sumber kemajuan ekonomi dan masa depan cemerlang negara.
Banyak penulis barat berkata waktu itu “Malaysia - hampir syurga di dunia.”
Enam dekad kemudian
Enam dekad kemudian, negara-negara serantau mencipta rekod perkembangan sosioekonomi yang gemilang. Sebagai misalan:
Korea:
Banyak syarikat syarikatnya seperti Samsung, Hyundai, Kia, LG Electronics, disenaraikan dalam majalah Fortune Global 500.
Orang Korea pula maju dalam bidang olahraga, mengaut banyak pingat emas, perak dan gangsa di Olimpik dan pertandingan antarabangsa lain. Pemain golf Korea (terutama sekali perempuan) sering memenangi pertandingan peringkat dunia.
Kejayaan Korea dalam bidang hiburan antarabangsa. Filem Parasite (2020) memungut empat Oscar di Hollywood. Penyanyi dan penghibur PSY mengagumkan dunia dengan Gangnam Style.
Singapura:
Rizab pertukaran asingnya antara paling tinggi di dunia.
Baru-baru ini Singapura dikatakan negara kedua terkaya di dunia.
Negara ini mempunyai 526,400 jutawan dari jumlah populasi 5,454,000 (sepuluh peratus) pada tahun 2021.
Tahap pembelajaran tertinggi.
Telah mengutip beberapa medal Olympik, termasuk satu emas.
Negara cicir
Pada masa lebih kurang sama, negara kita tidak mencatatkan perkembangan yang membanggakan.
Suatu masa dahulu Malaysia jaguh badminton, setanding dengan Indonesia, Denmark, China.
Malaysia juga dianggap satu negara jaguh hoki. Dan dalam bidang bola sepak nama-nama pemain seperti Santokh Singh, Soh Chin Aun, dan A Ghani Minhat disegani oleh pemain bola negara lain seperti Korea, Indonesia, Thailand.
Dalam pertandingan Sukan SEA 2023 di Kemboja pada 5 ke 17 Mei 2023, pungutan pingat tidak memberangsangkan bagi Malaysia. Perhatikan:
Kelemahan-kelemahan lain
Di bawah disenarikan kelemahan-kelemahan lain seperti disebutoleh komentator dalam dan luar negera:
Kita betukar empat perdana menteri sejak 2018: Najib Razak, Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob, Anwar Ibrahim. Ini menandakan suasana politik tidak stabil.
Ekonomi merosot, inflasi tinggi. Tak lama dahulu, sepinggan nasi campur berharga RM4 ke RM6. Sekarang RM9 ke RM12 atau lebih.
Tahap pembelajaran merosot.
Pembelajaran tidak mengeluarkan mereka yang berfikir. Pengkritik mendakwa sebanyak 200,000 graduan institusi tinggi tempatan menganggur.
Perpecahan kaum, Melayu ‘lebih’ Melayu, Cina ‘lebih’ Cina, dan seterusnya.
Menurut laporan media hutang negara mencecah RM979.814 bilion atau 63.4 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2022.
Nilai ringgit jatuh. Menurut laporan pada 24 Mei 24) ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pasaran mengambil pendekatan berhati-hati terhadap prospek ekonomi global dan dasar monetari yang tidak menentu. Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.3940/3980 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3870/3915. Pada Julai 29 2023 nilai berkenaan tahap 4.52/4.54 (anggaran).
Migrasi. Banyak rakyat Malaysia berhijrah ke negara lain seperti Singapura, Australia, China, Taiwan, Britain dan Amerika Syarikat.
Sebagai kesimpulan, 60 tahun selepas merdeka, ekonomi Malaysia lemah. Negara mencatatkan kelemahan dalam bidang ekonomi, sosial, politik, serta bidang sukan, hiburan dan olahraga.
Soalnya sekarang, mengapa prestasi kemajuan dan perkembangan negara ketinggalan jauh di belakang negara-negara jiran? Mengapa kita mundur ke belakang, bukan mara ke hadapan?
Manusia merancang, Tuhan kurniakan
Pada amnya sama ada satu negara itu mara ke hadapan, mundur ke belakang, terpulang kepada:
Pihak pemerintahan pimpin negara dengan bijak.
Kerajaan bentuk sistem pemerintahan (misal: menegakkan undang-undang, mengutip cukai) dengan adil dan saksama
Bina infrastruktur ekonomi yang mampan.
Kekayaan negara pula hasil titik peluh rakyat atau pekerja. Kumpulan ini harus punyai produktiviti tinggi. Justeru, kerajaan perlu pupuk rakyat yang berproduktiviti tinggi.
Patut adanya amanah dan kepercayaan antara kerajaan dan rakyat.
Hasilnya, kerajaan menjalankan kerjanya atas nama rakyat, dan rakyat bekerja demi menambahkan kekayaan dan aset negara.
Dalam pengalaman tamadun manusia pula, sistem pemerintahan ada beberapa jenis seperti demokrasi, feudalisme, komunisme, sosialisme, fasisme.
Sistem ekonomi juga ada beberapa jenis, seperti kepemilikan negeri, dan kapitalisme.
Sejak merdeka, pemerintahan memilih sistem demokrasi dan kapitalisme dalam segala daya usaha pemerintahan negara.
Adakah pilihan ini – demokrasi dan kapitalisme - menyebabkan kemerosotan negara? Ini satu dari berpuluh-puluh kemungkinan.
Satu lagi kemungkinan: produktiviti rakyat kurang.
Atau, tahap amanah dan kepercayaan rakyat dan kerajaan kurang.
AB SULAIMAN ialah seorang penulis yang memfokuskan kepada isu-isu Melayu. Buku tulisannya antaranya Looking Into The Alternate Malay Universe: Crisis And Opportunity in A Pandemic dan Pemikiran Melayu: Kolot atau Progresif.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
Berikut ulasan-ulasan dalam siri ini:
Malaysia mundur ke belakang (1)