Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM: Baiki bumbung, tandas sekolah lebih penting dari bina bangunan tinggi

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan menambah baik infrastruktur asas di sekolah menjelang Oktober ini.

Anwar berkata negara ini tidak seharusnya dikenali dengan mercu tanda atau bangunan tinggi dan besar tapi, sebaliknya layanan adil kepada rakyat.

“Malaysia harus terkenal dengan jaminan keadilan bagi semua rakyat, termasuk  yang tersisih dan terpinggir,” katanya ketika menyampaikan perutusan Hari Kebangsaan yang akan disambut esok.

Katanya, jaminan keadilan itu termasuk menyediakan kemudahan kepada semua golongan, termasuk membaiki tandas dan bumbung sekolah usang di sekolah-sekolah.

"Ini jauh lebih bermakna kepada berjuta-juta ibu bapa kepada pelajar sekolah daripada mercu tanda negara atau bangunan besar," katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS