Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jho Low buka akaun 3 bulan sebelum terima dana 1MDB - saksi

Ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low membuka akaun bank Swiss untuk syarikat diperbadankan di Seychelles Good Star Limited tiga bulan sebelum entiti luar pesisir itu menerima AS$700 juta dana 1MDB, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu.

Butiran itu didedahkan dalam keterangan penganalisis Bank Negara Adam Ariff Mohd Roslan semasa perbicaraan rasuah melibatkan dana 1MDB bernilai  RM2.28 billion yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak.

Adam Ariff, saksi ke-47 pendakwaan, berkata dokumen-dokumen menunjukkan bahawa akaun akaun Good Star dibuka oleh Low pada 11 Jun 2009.

[Baca berita asal]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS