Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak permohonan semak pengecualian pembatalan Umno

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan pengecualian yang diberikan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail terhadap pembatalan pendaftaran Umno.

Hakim Amarjeet Singh menafikan permohonan tiga ahli BN itu semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini.

Amarjeet memutuskan bahawa badan kehakiman tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes melibatkan hal dalaman parti politik mengikut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.

Hakim mahkamah sivil juga menegaskan bahawa ini dibuktikan oleh preseden undang-undang Mahkamah Rayuan yang menguatkan perkara ini.

Tiada perintah mengenai kos dikenakan.

Peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly mewakili menteri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

[Laporan penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS