Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Jasmine Loo merupakan antara tiga atau empat saksi terakhir dalam kes penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Timbalan pendakwa raya, Ahmad Akram Gharib berkata demikian di hadapan hakim Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah petang ini.

Bagaimanapun, dia memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan masih belum membuat keputusan sama ada akan memanggil Loo untuk memberi keterangan atau sebaliknya.

Bulan lalu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Loo yang dikaitkan dengan 1MDB dan melarikan diri selama bertahun-tahun, telah ditahan selepas menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia.

Sebelum ini, Sequerah menolak permohonan Najib agar dia digugurkan daripada mendengar kes itu kerana pernah menjadi rakan kongsi Loo dalam sebuah firma guaman.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS