Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bersatu mahu dakwaan kerakyatan kepada 54,000 warga China disiasat
Diterbitkan:  Aug 29, 2023 12:57 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Bersatu tetap mahu SPRM menyiasat dakwaan 54,000 warga China dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia.

Gesaan itu dibuat walaupun Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah pun menafikannya.

Dakwaan ini muncul kali pertama di media sosial awal bulan ini. 

Dakwaan itu menyebut mereka akan diberikan kerakyatan supaya menjadi “pengundi DAP”.

Tanpa mengemukakan bukti terdapat dakwaan itu, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris semalam berkata siasatan perlu dibuat terhadap Saifuddin, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JPN.

“Mana mungkin pokok bergoyang begitu sahaja kalau tiada angin yang bertiup!” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial PAS semalam.

Sementara itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pula menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah jenayah dan akan mengusulkan kepada Saifuddin supaya laporan polis dibuat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS