Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nahas Elmina: Anwar beri sumbangan peribadi pada waris 2 mangsa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga dua mangsa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, minggu lalu.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan melalui setiausaha politiknya, Ahmad Farhan Fauzi semalam semasa menziarahi waris Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, di Kampung Ketari, Bentong.

Idris merupakan pegawai khas kepada Adun Pelangai Johari Harun yang turut terkorban dalam insiden itu.

Anwar berkata Ahmad Farhan juga menziarahi dan menyampaikan sumbangannya kepada keluarga Allahyarham Khairil Azwan Jamaluddin di Felda Mempaga 1, Karak.

"Saya turut berdukacita dan mendoakan agar keluarga terus diberikan kekuatan serta ketabahan yang tinggi saat diuji dengan ujian besar ini," katanya.

Pada 17 Ogos lalu, 10 individu terkorban dalam nahas itu termasuk Johari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat itu manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS