Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Remaja lelaki ditemukan lemas di Rompin
Diterbitkan:  Aug 25, 2023 10:39 PM
Dikemaskini: 2:39 PM

Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin, semalam ditemukan lemas hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata mayat Mohd Iman Daniel Azri, 14, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 6.59 petang, selepas timbul lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ringkas dalam satu kenyataan malam ini.

Semalam media semalam melaporkan, Mohd Iman Daniel yang beralamat di Felda Keratong 4, Rompin, dipercayai dihanyutkan arus ketika mencari kepah di sungai berkenaan, bersama rakannya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS