Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kotak perakam dihantar ke AS untuk dapatkan data suara
Diterbitkan:  Aug 22, 2023 12:18 PM
Dikemaskini: 4:21 AM

Kotak perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat yang terhempas berdekatan Lebuh Raya Guthrie Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lepas akan dihantar ke pengilangnya di Florida, Amerika Syarikat bagi mendapatkan semula data rakaman suara 30 minit terakhir sebelum nahas untuk dianalisis.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata CVR itu telah dihantar ke sebuah makmal di Singapura pada Sabtu lepas namun menghadapi beberapa isu teknikal dan kekangan yang menghalang rakaman suara diperoleh semula. 

“Ketua Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan balik semula ke Kuala Lumpur pada petang ini dan dia akan memberikan penjelasan kepada saya… kita akan cuba secepat mungkin, sama ada petang ini atau esok pagi, saya akan hantar mereka ke sana (Amerika Syarikat). 

“… untuk menjawab persoalan apa yang berlaku kita terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak luar dan keutamaan saya adalah untuk memberikan jawapan kepada keluarga mangsa dan orang ramai secepat mungkin,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Seminar Keselamatan Penerbangan Malaysia  2023 di Kuala Lumpur hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS