Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muda tak bertanding PRK Pulai, Simpang Jeram
Diterbitkan:  Aug 21, 2023 5:20 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengambil ketetapan tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor pada 9 Sept ini.

Biro Politik Muda, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan keputusan itu dibuat atas dasar penghormatan kepada penyandang kedua-dua kerusi itu, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang disifatkan sebagai individu yang banyak berjasa kepada rakan dan negara.

“Muda mengucapkan selamat maju jaya kepada yang bertanding khususnya dari parti Amanah. Semoga legasi Allahyarham dapat diteruskan,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.

Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, kosong susulan kematian Salahuddin pada 23 Julai lalu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS