Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas presiden Afghanistan seru perempuan diberi semula akses pendidikan

GLOBAL | Pada Hari Kemerdekaan Afghanistan, bekas Presidennya Hamid Karzai menyeru agar Taliban membenarkan gadis-gadis mendapat akses kepada pendidikan di sekolah dan universiti, lapor agensi berita dpa.

Karzai berkata rakyat Afghanistan harus mendidik semua anak mereka sama ada lelaki dan perempuan, menerusi ucapan tahniah pada Sabtu.

Pemimpin Taliban juga meraikan ulang tahun ke-104 kemerdekaan Afghanistan daripada Britain dalam satu kenyataan rasmi sambil menyatakan mereka komited memperjuangkan nilai agama dan budaya dan tidak akan membenarkan sesiapa campur tangan dalam kerajaan.

Sejak kembali berkuasa, Taliban telah melaksanakan semula dasar ketat dari akhir 1990-an, yang sangat mengehadkan hak wanita dan gadis.

Taliban mengharamkan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan wanita selepas sekolah rendah.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS