mk-logo
Berita
Lelaki tikam teman wanita ditahan di masjid, Johor
Diterbitkan:  Aug 16, 2023 5:21 PM
Dikemaskini: 9:21 AM

Polis menahan seorang lelaki di Bandar Dato Onn, Johor, semalam, yang disyaki menikam teman wanitanya dalam satu insiden di Bukit Antarabangsa, di sini pada 6 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata suspek yang berumur 41 tahun itu ditahan oleh anggota pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada pukul 5 petang di perkarangan Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn Johor Bahru.

“Penganggur dengan dua rekod jenayah itu direman sehingga Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.52 pagi 6 Ogos lepas di kawasan letak kereta Kondominium Orkleaf Park di Bukit Antarabangsa di Kuala Lumpur seorang wanita berusia 45 cedera di tengah dan kiri perut akibat ditikam teman lelakinya yang berang berikutan tindakan wanita itu yang berhasrat memutuskan hubungan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS