Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zeti: BNM halang 1MDB pinjam RM4.9b dari sumber luar pesisir

KES 1MDB | Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2014 tidak membenarkan 1MDB dikaitkan dengan 'skim besar' untuk meminjam RM4.9 bilion daripada sumber luar pesisir pada 2014, kata saksi pendakwaan ke-46 Zeti Akhtar Aziz.

Bekas gabenor bank pusat Malaysia itu memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur demikian semasa perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah, Zeti berkata BNM telah menghentikan 'skim besar' itu, berikutan syak wasangka terhadap cara transaksi pindahan dana keluar dari Malaysia oleh syarikat pelaburan negara yang bermasalah itu.

Shafee: Mengenai cubaan (oleh 1MDB) pada 2014 untuk mendapatkan kelulusan daripada BNM, untuk apa itu?

Zeti: Perkara itu mengenai cubaan (1MDB) meminjam dalam (matawang) ringgit dari sumber luar pesisir, ia AS$259 juta, tetapi jumlah keseluruhan bersamaan RM4.9 bilion.

Zeti memberi keterangan ini berikutan semakin banyak maklumat yang diperoleh daripada pengawal selia luar negara.

Saksi itu juga mengingatkan pegawai 1MDB telah membuat representasi kepada BNM bahawa syarikat pelaburan negara itu perlu meminjam jumlah berkenaan untuk membayar balik hutang sedia ada.

Bekas gabenor bank pusat Malaysia itu menyatakan pegawai 1MDB tersebut tidak dapat memberikan penjelasan yang mencukupi mengenai jenis pelaburan AS$1 bilion sebelum ini dalam usaha sama 1MDB dengan Petrosaudi International Limited (PSI) Arab Saudi.

"Pada 2014, 1MDB sebenarnya cuba mengambil semula hutang asing dan terpaksa membuat permohonan kepada BNM pada 3 Jun 2014, ini sebelum kami menerima maklumat daripada pihak berkuasa asing, dan kami menolak permohonan tersebut, jadi ia menghentikan skim besar berkenaan," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS