Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Korban kebakaran Hawaii meningkat 101 orang
Diterbitkan:  Aug 16, 2023 3:32 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

GLOBAL | Angka kematian akibat kebakaran paling banyak mengorbankan nyawa dalam sejarah AS yang melanda Hawaii telah meningkat kepada 101 orang, kata Gabenor Hawaii Josh Green kepada CNN pada Selasa, lapor Sputnik.

Gabenor memberi amaran jumlah kematian boleh meningkat dengan ketara ketika pihak berkuasa meningkatkan liputan kawasan pencarian kepada 27 peratus setakat Selasa.

"Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kami akan dapat mengesahkan mangsa yang meninggal dunia.

"Tetapi ia akan menjadi sangat sukar... Saya percaya lebih banyak kematian yang akan kami temui, peratusan yang lebih tinggi akan datang daripada di sana (di tepi lautan di barat Maui).

“Tetapi sekarang apabila kami pergi ke rumah-rumah, kami tidak pasti apa yang akan kami lihat. Kami berharap dan berdoa bahawa ia tidak besar, jumlah yang besar," kata gabenor.

Pada Isnin, Maui County dalam kenyataan media berkata, jumlah kematian kebakaran hutan telah meningkat kepada 99 selepas pihak berkuasa melakukan pencarian di seperempat wilayah pulau itu.

Kebakaran hutan berlaku pada 8 Ogos di beberapa kawasan di Maui dan pulau berhampiran Hawaii ketika cuaca kering yang diburukkan lagi dengan angin kencang dibawa Taufan Dora.

- Bernama-Sputnik


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS