Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jho Low ke rumah, masak pasta untuk keluarga: Mengarut, kata Zeti

Bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz menolak dakwaan bahawa Low Taek Jho atau Jho Low pernah melawatnya dan malah memasak pasta untuk dia dan keluarga.

Saksi pendakwaan ke-46 itu juga menafikan dakwaan Muhammad Shafee, peguam bela utama Najib Razak bahawa dia mengenali Jho Low, ahli perniagaan yang menjadi tumpuan umum dalam kes rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion.

“Mengarut dan tidak masuk akal, perkara itu tidak pernah berlaku,” kata Zeti ketika sesi pemeriksaan balas oleh Shafee.

Shafee bertanya sama ada Low ada melawat rumahnya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan memasak pasta untuk keluarganya.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Shafee pernah membangkitkan dakwaan terdapat lawatan itu.

Apabila peguam hari ini bertanya sama ada dia kenal Low, Zeti berkata dia tahu tetapi tidak ada sebarang kena-mengena sama sekali.

Shafee: Ada satu kali kamu jumpa PM (Najib) dan kamu kata Jho Low suka beri hadiah mahal dan kamu kata kamu terima tetapi pulangkan balik lepas itu.

Zeti: Saya tidak pernah terima hadiah dari sesiapa, termasuk Jho Low.

Shafee: Adakah kamu kata begini pada PM?

Zeti: Saya tidak ingat sebaran perbualan tentang hadiah.

Shafee: Ada perbincangan tentang Jho Low dengan PM?

Zeti: Saya tidak ingat tentang perbincangan tentang Jho Low.

Zati juga menolak dakwaan Shafee bahawa Low rapat dengan keluarganya kerana menjadi rakan niaga dengan suaminyaTawfiq Ayman.

Bagaimanapun, apabila Shafee merujuk laporan media bahawa Low mendakwa daripada Sekolah Wharton Universiti Pennsylvania, untuk membayangkan dia kenal Tawfiq, Zeti menjawab:

“Jika begitu, saya ambil maklum.”

Dia sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa suaminya mendaftar masuk di Wharton pada tahun 70-an.

Prosiding di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah akan bersambung di sebelah petang.

Najib berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pecah amanah melibatkan dana 1MDB bernilai RM2.28 bilion.

1MDB ialah syarikat pelaburan negara Kementerian Kewangan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS