Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN berjaya mempertahankan tiga negeri – Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun mereka terpaksa membayar harga yang tinggi.

Malaysiakini menyenaraikan rumusan-rumusan utama berkaitan pilihan raya negeri pada Sabtu.

Pemenang terbesar: PN

Walaupun gagal menawan tiga negeri PH-BN, Perikatan Nasional (PN) berjaya mendapat jumlah sokongan yang besar.

Di kerusi-kerusi majoriti besar, calonnya mendapat antara lebih 15 ke 30 peratus undi, berbanding pilihan raya umum ke-15.

Di Selangor, mereka menafikan PH-BN majoriti dua pertiga dengan merampas 22 kerusi.

Selangor adalah satu-satunya daripada enam negeri yang tidak mempunyai majoriti dua pertiga. PH hanya memperoleh 34 daripada 56 kerusi.

Peningkatan paling ketara berlaku di utara Selangor apabila PN menang di tujuh daripada sembilan kerusi dalam parlimen Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, dan Kuala Selangor. PN hanya gagal mendapat Sekinchan and Sungai Air Tawar.

Sementara itu, bekas menteri besar Selangor Azmin Ali dan dua orang kuatnya Hilman Idham and Dr Afif Bahardin juga berjaya kali ini walaupun dengan majoriti amat tipis.

Di Pulau Pinang, PN menang di kesemua tiga kerusi di Permatang Pauh yang secara tradisinya menjadi kubu kuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Di Selangor dan Negeri Sembilan, PN mendapat sokongan popular hampir 38 peratus, sementara di Pulau Pinang pula pada 33 peratus.

PN mendapat 56 kerusi di keseluruahn enam negeri.

Paling terjejas: BN 

Walaupun berjaya menyumbang 14 daripada 30 kerusi di Negeri Sembilan, BN bagaimanapun gagal menawan lebih daripada dua kerusi di negeri lain, termasuk di Kedah yang mereka kalah teruk.

Di sebalik asakan, menteri besar sementara Sanusi Md Nor, retap popular. BN malah gagal membantu mempertahan kubu kuat PH di Derga.

Keputusan itu dicapai walaupun PH-BN sedaya upaya menyerang Sanusi dalam pelbagai isu termasuk dakwaan menghina sultan serta isu perlombongan unsur nadir bumi di Kedah.

PN juga memalukan PH dan BN dengan menyapu bersih kerusi di Terengganu.

Prestasi buruk itu secara tidak langsung boleh mendorong kepimpinan Presiden Umno Zahid Hamidi dicabar.

Mungkin juga terdapat kritikan daripada dalam daripada pihak yang tidak menyokong kerja sama dengan PH.

Apa akan berlaku pada kerajaan Madani? 

Kemerosotan sokongan terhadap BN juga merupakan tamparan kepada kerajaan Madani, dan membuka persoalan kerjasama PH-BN di peringkat nasional. 

Dengan Putrajaya dipertaruhkan, PH mungkin akan menyerahkan jawatan menteri besar di Negeri Sembilan kepada BN untuk menenangkan mereka dan berterima kasih kepada mereka kerana memenangi negeri itu. 

Bagaimanapun, PN - yang mempunyai lima kerusi di Negeri Sembilan - juga mungkin membuat tawaran yang serupa kepada BN untuk membentuk kerajaan negeri dan persekutuan bersama. 

Ini memerlukan PN juga membuat tawaran kepada GPS dan parti-parti di Sabah untuk membentuk majoriti di parlimen. 

Bagaimana PH boleh mendapatkan semula sokongan Melayu? 

Keputusan pilihan raya ini menunjukkan peningkatan sokongan orang Melayu kepada PN. Dalam usaha mengatasi hal ini, PKR khususnya telah beralih menjadi lebih konservatif.

Ini termasuk isu pengharaman jam tangan jenama Swatch yang mempunyai unsur LGBT. Keputusan pilihan raya ini bakal meletakkan PKR dan Amanah pada posisi yang lebih 

'ke kanan' untuk memenangi hati mereka yang telah mengundi PN pada pilihan raya akan datang. 

Bagaimanapun, ini mengundang risiko bahawa PKR dan Amanah mungkin meminggirkan penyokong mereka di kalangan bukan Melayu dan liberal, yang buat masa ini menyokong kerajaan Madani dalam usaha menghentikan "gelombang hijau" yang lebih konservatif. 

Tetapi penganalisis seperti Ibrahim Suffian dari Merdeka Center percaya bahawa apa yang dipanggil "gelombang hijau" bukan hanya mengenai politik identiti, tetapi juga mengenai kebimbangan ekonomi. 

Justeru, menjadi lebih konservatif mungkin tidak mencukupi untuk memenangi undi Melayu yang amat diperlukan oleh kerajaan Madani, katanya kepada BFM. 

"Asas bagi gelombang hijau yang disebutkan adalah faktor ekonomi dan juga kesukaran hidup, jadi jika mereka boleh cuba memperbaiki situasi itu dalam empat tahun akan datang, kita akan melihat perkara ini berkurangan."

[Baca laporan asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS