Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Waktu saya jadi MB Selangor, kilang Carlsberg tak tutup pun’
Diterbitkan:  Aug 10, 2023 3:43 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Azmin Ali memberi jaminan kehidupan orang  bukan Islam tidak akan terjejas jika mereka berjaya menawan negeri itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar Cina Oriental Daily, Azmin mengingatkan, semasa dia menjadi menteri besar Selangor sebelum ini, terdapat tiga orang exco PAS dalam kabinetnya, tetapi tiada kilang arak ditutup.

“Malah, di Shah Alam terdapat kilang bir terbesar, kilang Carlsberg, dan kilang ini masih beroperasi hingga kini,” dia dipetik sebagai berkata.

Azmin ketika itu masih pimpinan PKR dan Selangor ketika itu bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan sekejap bawah kerajaan campuran selepas gabungan itu berpecah.

Kilang Carlsberg di Shah Alam, gambar hiasan

PR kemudian berevolusi menjadi Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Sementara itu, Azmin juga memberi contoh di Kelantan bawah pentadbiran PAS selama 33 tahun.

Katanya, sepanjang pemerintahan parti itu orang Cina masih boleh hidup dengan aman damai tanpa sebarang masalah.

"Orang bukan-Muslim di Kelantan boleh minum arak kerana agama mereka membenarkan. 

“Jika sesiapa yang pernah ke Kelantan, mereka akan tahu bahawa negeri itu mempunyai patung Buddha terbesar bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara."


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS