Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak rayuan peguam diraja UK untuk wakili Najib

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan peguam diraja daripada United Kingdom untuk mewakili bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang dipenjarakan.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Zabariah Mohd Yusof sebulat suara membenarkan permohonan empat responden untuk membatalkan rayuan Jonathan Laidlaw bagi mewakili Najib dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta.

Empat pemohon itu ialah Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan.

Mahkamah memutuskan, usaha Jonathan Laidlaw untuk mewakili Najib akan menjadi akademik semata-mata kerana Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu dan Mac tahun ini mengekalkan sabitan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Pada 21 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan Laidlaw untuk diterima masuk sebagai peguam bela Najib dalam kes SRC International yang masih berlangsung ketika itu.

Najib ketika hadir di mahkamah pada 21 Jun 2023, gambar hiasan

Warganegara British itu kemudian merayu ke Mahkamah Persekutuan, mahkamah paling tinggi dalam negara ini.

Pada 12 Okt tahun lepas, ketika semakan tersebut masih berlangsung di Mahkamah Persekutuan, Shafee memberitahu media bahawa mereka memerlukan kepakaran Laidlaw dalam kes penipuan dan rasuah sekiranya Najib dibenarkan dibicarakan semula dalam kes SRC International.

Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan SRC International.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS