Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hakim tarik diri kes rayuan saman bekas AG terhadap Kit Siang

Hakim Mahkamah Rayuan Hanipah Farikullah menarik diri daripada mendengar kes rayuan saman fitnah bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali yang menuntut ganti rugi RM10 juta daripada veteran DAP Lim Kit Siang.

Hakim itu memberi alasan dia menarik diri demi kepentingan keadilan, berikutan permohonan peguam bela Lim, Sangeet Kaur Deo.

Sehubungan itu, kes tersebut kini akan didengar oleh panel Mahkamah Rayuan lain.

Permohonan Sangeet itu susulan kerana Hanipah adalah hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang pada 2016 menolak beberapa cabaran undang-undang berhubung keputusan AG Apandi ketika itu untuk membebaskan perdana menteri ketika itu Najib Razak berhubung penglibatan dalam 1MDB.

Hari ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan - dipengerusikan oleh Hanipah dan juga terdiri daripada hakim M Gunalan serta  Azmi Ariffin - ditetapkan untuk mendengar rayuan Apandi berhubung penolakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap saman fitnahnya terhadap Lim.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS