Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undi awal: Ribut petir, hujan diramal di enam negeri esok
Diterbitkan:  Aug 7, 2023 5:55 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan, bakal melanda di beberapa kawasan negeri yang terlibat dalam hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Laman sesawang MetMalaysia hari ini memaklumkan keadaan cuaca di Selangor dan Negeri Sembilan, bakal mengalami keadaan ribut petir di satu dua tempat, di kawasan pantai pagi esok.

Selain itu, cuaca sama diramalkan di kawasan pendalaman di sebelah petang dan hujan di satu dua tempat di kawasan pendalaman dua negeri berkenaan.

Di Pulau Pinang dan Kedah, MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca hujan di satu dua tempat di kawasan pantai, selain petang diramalkan ribut petir di satu dua tempat dan cuaca baik pada malam.

Bagi Terengganu dan Kelantan pula, masing-masing menunjukkan corak cuaca yang sama dengan dijangkakan cuaca dalam keadaan baik pada pagi, selain ribut petir di satu dua tempat pada petang dan malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak pada 12 Ogos, manakala pengundian awal pada esok.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS