Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Nak naik bas, kena tengok pemandu gila ke tak gila'

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man tampil mengkiritik kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang disifatkan lebih banyak bercakap berbanding bekerja.

Menggunakan analogi seseorang mahu menaiki bas katanya, penumpang tidak perlu lihat bas tersebut cantik atau tidak, sebaliknya perlu periksa kewarasan pemandunya.

"Kita nak nak naik bas jangan tengok bas comel atau tak comel, kena tengok pemandu gila ke tak gila.

"Kalau bas molek, pemandu gila bukan saja tak sampai (ke destinasi), dengan kita sekali mampus. Nak pergi ke mana, biar jelas kerajaan nak bawa rakyat ke mana? masalah ekonomi apa dibuat, apa perancangan?" soalnya ketika berucap di ceramah mega dewan undangan negeri (DUN) Kelaboran sempena pilihan raya negeri (PRN) di Tumpat, malam tadi.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengkritik Anwar dan menteri kerajaan persekutuan yang disifatkannya lebih banyak bercakap daripada bertindak menyelesaikan masalah rakyat.

‘Ulang penyakau, penyamun’

Tegasnya, rakyat mahu melihat pemimpin kerajaan melaksanakan tugas, bukan hanya bercakap semata-mata.

"Ini datang berceramah, duduk ulang penyakau, penyamun, perasuah. Awak kerajaan, kalau betul ada kes rasuah tangkaplah, kenapa duduk ceramah kata negara kita susah kerana perompak, penyamun rampas harta rakyat.

"Eh pergi tangkaplah, dakwalah di mahkamah. kenapa tak dakwa, tuduh kosong tak jadi apa.

"Hari ini kita menang esok minyak turun, saya ulang. tak payah ulanglah, buat saja. Rakyat sekarang bukan nak dengar menteri, perdana menteri bercakap. Rakyat nak tengok apa dibuat. Apabila kita ada kuasa, buat," katanya yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian.

Bekas menteri alam sekitar dan air itu turut menempelak Anwar yang didakwa tidak melaksanakan agenda reformasi dalam pentadbiran kerajaannya.

"Kelmarin pergi ke Kedah naik helikopter kerajaan untuk kempen, mana boleh. Saya bukan apa, sebab waktu sebelum ini nak buat reformasi, mana reformasi itu?

"Reformasi pentadbiran, kata tak nak lagi ada salahguna kuasa harta kerajaan diguna parti-parti politik untuk kempen.

“Reformasi pembaharuan dalam parlimen mana?" Soalnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS