Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suhu dijangka cecah 51C, Iran cuti 2 hari
Diterbitkan:  Aug 1, 2023 7:00 PM
Dikemaskini: 11:00 AM

Pihak berkuasa Iran pada Selasa mengumumkan cuti umum dua hari berikutan gelombang haba melampau di negara itu.

"Untuk melindungi kesihatan rakyat akibat cuaca panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Majlis Menteri menerima cadangan Kementerian Kesihatan supaya memberi cuti pada Rabu dan Khamis di seluruh negara," lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap kerajaan Iran, Ali Bahadori Jahromi di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Suhu dijangka mencecah 51C (123.8F) di beberapa bandar di selatan Iran.

Menteri Kesihatan Bahram Einollahi turut mencadangkan cuti umum di kawasan yang suhu melebihi 40C (104F) darjah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS