mk-logo
Berita
Saya bukan proksi sesiapa - calon PRN termuda di N Sembilan
Diterbitkan:  Aug 1, 2023 2:32 PM
Dikemaskini: 6:32 AM

Muhammad Syakir Fitri Sadri, calon paling muda dalam pilihan raya negeri Negeri Sembilan, telah menolak dakwaan dia menjadi proksi kepada mana-mana pihak.

Pemuda berusia 25 tahun itu bertanding sebagai calon bebas di kerusi DUN Paroi.

Muhammad Syakir merupakan bekas pembantu kepada penyandang kerusi DUN Ampangan Mohamad Taufek Abd Ghani, yang

Mohamad Taufek turut bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya akan datang selepas namanya dikecualikan daripada senarai calon PKR.

Tiga penjuru di Paroi

"Penglibatan saya ini tidak ada kaitan dan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak atau individu, mungkin ada yang berfikir adakah saya dihantar atau proksi untuk memecahkan undi dan sebagainya, saya mahu jelaskan bahawa saya masuk adalah untuk menang.

“Saya tidak disuruh bertanding oleh mana-mana pihak termasuklah oleh bekas wakil rakyat di kawasan ini.

"Saya juga tidak ditaja mana-mana pihak, boleh semak rekod, saya gunakan wang saya sendiri, memang ada yang menyumbang tetapi bukan oleh mana-mana parti sebaliknya oleh rakan-rakan yang mahu membantu itu pun bukan dalam kuantiti yang banyak,” kata Muhammad Syakir seperti dipetik Utusan Malaysia di Senawang, Negeri Sembilan.

Menurutnya, tujuan utama dia bertanding demi memperkasakan belia, mengambil kira demografi kerusi DUN Paroi, dengan pengundi muda membentuk kira-kira 60 peratus daripada 61,000 pemilih berdaftar.

Pada 12 Ogos, Paroi akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Muhammad Syakir, Norwani Ahmat (PH-Amanah) dan Kamarol Ridzuan Mohd Zin (PN-PAS).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS