Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kayveas bawa isu perebutan jawatan presiden ke mahkamah

M Kayveas sudah membawa isu perebutan jawatan presiden parti MyPPP ke mahkamah tinggi bagi membatalkan pelantikan Maglin Dennis D’cruz.

Ahli politik veteran yang pernah mengetuai parti berkenaan selama dua dekad memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu.

Tindakan undang-undang itu menyasarkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) - pada 11 April lalu - yang membatalkan ketetapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran MyPPP pada 2019.

MyPPP merupakan pengganti kepada Parti Progresif Penduduk yang pernah menjadi badan politik yang berkuasa di Ipoh.

Pada 2019, pendaftaran MyPPP dibatalkan selepas wujud dua pihak yang masing-masing mendakwa sebagai pemimpin parti yang sah.

Kayveas mengetuai suatu pihak manakala di sisi bertentangan dipimpin D'cruz.

Pada 11 April tahun ini, D'cruz dilaporkan berkata KDN memaklumkan MyPPP mengenai keabsahan pendaftaran parti itu, serta mendakwa ROS - yang berada di bawah kementerian sa,a - turut mengiktiraf kesahihan barisan majlis tertinggi parti yang dipilih pada 19 Mac.

D'cruz memenangi jawatan presiden parti itu tanpa bertanding semasa mesyuarat agung tahunan.

Bagaimanapun melalui tindakan undang-undang yang dikemukakannya kini, Kayveas berkata, perhimpunan agung tahunan MyPPP pada 19 Mac - yang menyaksikan pelantikan D’cruz sebagai presiden parti - adalah tidak sah.

Perkara itu kerana, dakwa Kayveas, perhimpunan agung tahunan parti terbabit pada 19 Mac lalu dihadiri 13 orang yang didakwa bukan ahli sah.

Kayveas mendakwa parti itu sebenarnya mengadakan perhimpunan agung tahunannya sehari lebih awal (18 Mac) dan mengaku dia berhak dilantik sebagai presiden parti.

Bekas timbalan menteri juga mendakwa perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada ROS melalui surat bertarikh 20 Mac.

Kayveas bagaimanapun bahawa pada 11 April, individu bernama Badrul Hisham Alias ​​yang didakwa mewakili menteri dalam negeri telah memaklumkan mengenai keabsahan pendaftaran MyPPP.

Dia mendakwa keputusan itu bercanggah dengan Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966, yang memerlukan keputusan itu dimaklumkan oleh menteri dan bukannya orang lain.

Kayveas mendakwa dia kemudian menulis kepada menteri pada 18 April berhubung dakwaan pelanggaran berkenaan.

Dia juga mendakwa menulis surat kepada ROS pada 1 Jun untuk menyatakan bantahannya terhadap keputusan yang dibuat pada 11 April.

Kayveas mendakwa dia telah memohon daripada ROS agar satu pertemuan diadakan agar isu itu diselesaikan secara baik diadakan, tetapi tiada sebarang maklum balas diberikan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS