Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lau dakwa penyokong PAS hadir sokong pencalonannya
Diterbitkan:  Jul 29, 2023 2:52 PM
Dikemaskini: 7:10 AM

Presiden Gerakan Dominic Lau menegaskan terdapat penyokong PAS mengiringinya di pusat penamaan calon hari ini, walaupun dia secara peribadi tidak dapat mengecamnya.

Calon Perikatan Nasional (PN) di kawasan majoriti Melayu itu berkata terdapat kira-kira 20 penyokong PAS hadir hari ini.

Wartawan bertugas di lapangan hari ini bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti penyokong PAS di samping penyokong Gerakan dan Bersatu.

“Saya tidak tahu surat khabar mana lapor tiada penyokong PAS, tetapi ada kira-kira 20 orang penyokong PAS hadir.

“Mereka semua dari Bersatu dan PAS, lainlah kalau mereka kenalkan diri sebagai penyokong PAS, bolehlah saya tahu,” katanya.

Pencalonan Lau sebelum ini mendapat tentangan daripada kalangan penyokong PAS selepas dia mendedahkan akan bertanding di Bayan Lepas.

Mereka memprotes langkah itu dan mengancam memboikotnya (bawah).

Ketika pengumuman calon PN di Penang, calon untuk Bayan Lepas tidak diumumkan bersama 39 lagi calon.

Sehari selepas itu Lau mengesahkan dia akan bertanding di kerusi itu yang sepatutnya ditandingi calon PAS.

Lau bagaimanapun menyifatkan apa yang berlaku cuma salah faham dan telah diselesaikan secara dalaman.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS