Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Bekas perdana menteri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara telah menarik balik rayuan mahkamahnya untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam persidangan parlimen.

Peguamnya, Alaistair Brandah Norman mengesahkan mengenai penarikan diri itu ketika dihubungi hari ini.

"Rayuan telah ditarik balik," kata peguam itu, sambil menambah bahawa tiada alasan diberikan berhubung keputusan tersebut.

Notis pemberhentian rayuan itu difailkan pada 12 Julai lalu oleh Tetuan Shafee & Co, firma guaman yang mewakili bekas ahli parlimen Pekan itu.

Selain mahkamah, jabatan peguam egara, yang mewakili kerajaan, menteri dalam negeri dan komisioner jeneral penjara, telah dimaklumkan mengenai penarikan balik tindakan undang-undang itu.

Najib, pada mulanya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Okt tahun lalu, yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman berhubung keengganan jabatan penjara untuk membenarkannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Najib masih menjadi ahli parlimen ketika itu kerana terdapat permohonan semakan yang belum selesai di mahkamah tertinggi. Ini berhubung sabitan kesalahannya serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta. 

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan menolak semakannya pada Mac tahun ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS