Paling Popular
Terkini

Bekas menteri besar Selangor Mohamed Azmin Ali akan meninggalkan Bukit Antarabangsa untuk bertanding di kerusi Hulu Kelang.

Timbalan Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu Sasha Lyna Abdul Latif akan mengambil alih sebagai calon PN di Bukit Antarabangsa.

Sasha Lyna sebelum ini gagal dalam usaha menawan kerusi parlimen Ampang semasa pilihan raya umum ke-15.

Sementara itu, sekutu Azmin yang lain turut berada dalam senarai calon iaitu Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia) dan Dr Afif Bahardin (Taman Medan).

Ketua Wanita Bersatu, Rina Haron, dalam pada itu cuba membuat kemunculan semula sebagai wakil rakyat dengan bertanding di kerusi Batu Tiga.

Di Tanjong Karang, anak perempuan Noh Omar, Nurul Syazwani akan bertanding di kerusi DUN Permatang.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Ahmad Yunus Hairi diumumkan akan bertanding di DUN Sijangkang, manakala Pengerusi Bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari akan mencabar lawannya di DUN Selat Klang.

PN tidak mengumumkan calon menteri besar di Selangor.

Secara keseluruhan, Bersatu bertanding sebanyak 31 kerusi di Selangor, diikuti PAS (17) dan Gerakan (8).

Berikut adalah senarai penuh calon PN bagi PRN Selangor:

N01 Sg Air Tawar - Mohamad Zaidi Selamat (Bersatu)

N02 Sabak - Sallehen Mukhyi (PAS)

N03 Sg Panjang - Mohd Razali Saari (PAS)

N04 Sekinchan - Goh Gaik Meng (Bersatu)

N05 Hulu Bernam - Mu’izzuddeen Mahyuddin (PAS)

N06 Kuala Kubu Baharu - Teoh Kien Hong (Gerakan)

N07 Batang Kali - Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani (Bersatu)

N08 Sg Burong - Mohd Zamri Mohd Zainuldin (PAS)

N09 Permatang - Nurul Syazwani Noh (Bersatu)

N10 Bukit Melawati - Noorazley Yahya (Bersatu)

N11 Ijok - Jefri Mejan (PAS)

N12 Jeram - Harrison Hassan (Bersatu)

N13 Kuang - Mohd Rafiq Mohd Abdullah (Bersatu)

N14 - Rawang - Rejean Kumar a/l Ratnam (Bersatu)

N15 Taman Templer - Zaidy Abdul Talib (PAS)

N16 Sg Tua - Muhammad Hanif Jamaluddin (PAS)

N17 Gombak Setia - Muhammad Hilman Idham (Bersatu)

N18 Hulu Kelang - Azmin Ali (Bersatu)

N19 Bukit Antarabangsa - Sasha Lyna Abdul Latif (Bersatu)

N20 Lembah Jaya - Sharifah Haslizah Syed Ariffin (PAS)

N21 Pandan Indah - Fazil Mohamad Dali (Bersatu)

N22 Teratai - Chew Han Keai (Bersatu)

N23 Dusun Tua - Azhar Hambali (Bersatu)

N24 Semenyih - Nushi Mahfodz (PAS)

N25 Kajang - Liew Sin Kim (Bersatu)

N26 Sungai Ramal - Mohd Shafie Ngah (PAS)

N27 Balakong - Lai Choon Wen (Bersatu)

N28 Seri Kembangan - Chen Win Keong (Bersatu)

N29 Seri Serdang - Mohd Shukor Mustaffa (Bersatu)

N30 Kinrara - Wong Yong Kang (Bersatu)

N31 Subang Jaya - Gana Pragasam Sebastian (Bersatu)

N32 Seri Setia - Mohd Zubir Embong (PAS)

N33 Taman Medan - Dr Afif Bahardin (Bersatu)

N34 Bukit Gasing - Nallan Dhanabalan (Gerakan)

N35 Kg Tunku - Chin Yoke Kheng (Bersatu)

N36 Bandar Utama - Nur Aliff Mohd Tafid (Gerakan)

N37 Bukit Lanjan - Muniraa ABu Bakar (Gerakan)

N38 Paya Jaras - Ab Halim Tamuri (PAS)

N39 Kota Damansara - Mohd Radzlan Jalaludin (Bersatu)

N40 Kota Anggerik - Mohamed Sukri Omar (PAS)

N41 Batu Tiga - Rina Harun (Bersatu)

N42 Meru - Hasnizam Adham (Bersatu)

N43 Sementa - Noor Rajhan Mohamad Salleh (PAS)

N44 Selat Klang - Abdul Rashid Asari (Bersatu)

N45 Bandar Baru Klang - Tan Seng Huat (Gerakan)

N46 Pelabuhan Klang - Wan Hasrina Wan Hasan (PAS)

N47 Pandamaran - Gunalan Balakrishnan (Bersatu)

N48 Sentosa - Parameswaran Ganason (Gerakan)

N49 Sungai Kandis - Wan Dzahanurin Ahmad (Bersatu)

N50 Kota Kemuning - Chew Jyh Gang (Gerakan)

N51 Sijangkang - Ahmad Yunus Hairi (PAS)

N52 Banting - Saravanan Mutto Krishnan (Gerakan)

N53 Morib - Rosnizan Ahmad (Bersatu)

N54 Tanjong Sepat - Sabirin Marsono (PAS)

N55 Dengkil - Jamil Salleh (Bersatu)

N56 Sungai Pelek - Suhaimi Mohd Ghazali (Bersatu)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS