Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Chong Eng kesal tak dicalon, ingatkan kejayaan DAP usaha berkumpulan
Diterbitkan:  Jul 26, 2023 2:57 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Ketua wanita DAP Chong Eng melahirkan rasa kesal dengan keputusan parti menggugurkannya sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, ahli politik berusia 66 tahun itu, yang merupakan penyandang di Padang Lalang, menggesa pengundi untuk menyokong calon Pakatan Harapan (PH) dalam PRN di enam negeri.

Dia juga menegaskan bahawa kejayaan DAP adalah hasil keringat kolektif dan kesungguhan ramai individu.

“Ia memerlukan usaha berkumpulan dan kerja keras ramai orang selama ini untuk DAP, yang merupakan sebahagian daripada PH, untuk menuai hasil hari ini.

“Kita harus terus ke hadapan untuk manfaat rakyat Malaysia yang terdiri daripada kumpulan etnik yang berbeza, lelaki dan wanita, muda dan tua,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Chong, yang menyifatkan perkembangan ini sebagai titik perubahan, turut mendedahkan bahawa dia mempunyai rancangan untuk mengetengahkan lebih ramai wanita.

“Saya kesal tidak bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini.

“Ini adalah titik perubahan bagi saya dalam karier politik sejak 1995 sebagai pembangkang tunggal di DUN Pulau Pinang.

“Saya masih sihat dan anak-anak saya sudah besar di mana saya boleh mempunyai lebih banyak masa dan tenaga untuk berkhidmat dan menyumbang.

"Saya mempunyai rancangan lima tahun yang disediakan untuk membantu lebih ramai wanita terlibat di peringkat pembuat keputusan dan melakukan lebih banyak lagi untuk wanita di kawasan luar bandar bagi negeri lain untuk mencontohi Pulau Pinang," tambahnya.

Selain Chong, DAP juga menggugurkan seorang lagi veteran, P Ramasamy, yang merupakan penyandang Perai dan berkhidmat sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Semalam, DAP Pulau Pinang mengumumkan senarai calonnya, termasuk 10 penyandang dan tujuh muka baru.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS