Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PM lancar 'Ekonomi Madani: Memperkasa rakyat’ esok
Diterbitkan:  Jul 26, 2023 10:31 AM
Dikemaskini: 3:09 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan "Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat" yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.

Pelancaran hala tuju baharu tersebut akan diadakan di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Putrajaya pada 9 pagi esok.

“Nantikan, Insya-Allah,” katanya menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau.

Ekonomi Malaysia mencatatkan perkembangan yang lebih baik daripada jangkaan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023 didorong terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta.

Terdahulu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata bank pusat itu mengekalkan unjuran untuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun ini antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus.

Beliau berkata permintaan dalam negeri kekal berdaya tahan dan pasaran kerja kini semakin baik, seterusnya menyokong perbelanjaan pengguna.

Pada 24 Februari lepas, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan belanjawan pertama Kerajaan Perpaduan dengan peruntukan sejumlah RM388.1 bilion, meningkat daripada RM372.3 bilion yang dibentangkan pada Oktober 2022.

Sejumlah RM289.1 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus dan RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS