Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Protes di Batang Kali: Biasalah, ada suka, ada tak suka, kata Hamzah
Diterbitkan:  Jul 24, 2023 12:09 PM
Dikemaskini: 10:56 AM

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin menganggap protes terhadap calon parti gabungan itu untuk kerusi DUN Batang Kali di Selangor sebagai sesuatu yang "biasa" bagi sesebuah parti politik.

“Biasalah… biasalah.

“Ada orang suka ada orang tak suka,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jentera PN di Tanjong Karang malam tadi.

Hamzah diminta mengulas mengenai penolakan ahli akar umbi Bersatu di Hulu Selangor minggu lalu yang kecewa selepas gabungan itu didakwa mengetepikan ketua bahagian mereka Md Anuar Mohd Nor daripada bertanding di Batang Kali.

Berdasarkan foto yang tersebar di Facebook, ahli yang dikatakan tidak berpuas hati telah membakar dan memijak bendera PN.

Mereka mendakwa PN telah memilih seorang lagi ahli jawatankuasa pimpinan bahagian Hulu Selangor, yang didakwa bersekutu dengan Pengerusi PN Selangor Azmin Ali, dan bukannya Anuar.

Menurut catatan di Facebook, akar umbi Bersatu tempatan juga telah melancarkan gerakan memboikot calon berkenaan dan berikrar untuk memastikan PN kalah pada pilihan raya 12 Ogos ini.

Sementara itu, Hamzah memberitahu pemberita PN akan mengumumkan calon mereka untuk pilihan raya negeri Selangor Rabu ini.

Pengumuman itu akan dibuat semasa acara yang diadakan di Taman Medan, Petaling Jaya pada jam 8 malam nanti.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS