Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hujan lebat di Korea Selatan dijangka berterusan sampai Rabu
Diterbitkan:  Jul 19, 2023 2:58 PM
Dikemaskini: 6:58 AM

GLOBAL | Hujan lebat melanda bahagian tengah dan selatan Korea Selatan semalaman, dengan lebih banyak hujan dijangka sepanjang pada Selasa, selepas 50 orang terbunuh atau hilang semasa hujan lebat pada hujung minggu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Hujan di kebanyakan wilayah setakat 8 pagi, dengan timur wilayah Jeolla Selatan dan barat daya wilayah Gyeonggi merekodkan 30 hingga 60 milimeter (mm) curahan hujan sejam, manakala wilayah lain, termasuk Seoul, menyaksikan lima mm hujan, kata Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).

Kawasan Seoul yang lebih besar dijangka menerima lima hingga 60 mm hujan manakala selatan wilayah Gyeonggi 30 hingga 100 mm hujan pada Selasa, selepas reda pada hari sebelumnya.

Hujan lebat melanda selatan wilayah Gyeonggi semalaman, dengan bandar timur Yeoju merekodkan tambahan 70 mm hujan setakat 6 pagi.

Hujan sehingga 24.5 mm sejam berlaku di pantai selatan wilayah Jeolla Selatan semalaman, dengan amaran hujan lebat dikeluarkan di seluruh Gwangju dan wilayah Jeolla Selatan, di mana beberapa penduduk berpindah selepas laporan mengenai runtuhan batu dan tanah runtuh.

Hujan akan reda lewat Selasa di kawasan Seoul tetapi akan berterusan sehingga awal Rabu untuk kebanyakan wilayah.

Sementara itu, agensi cuaca menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah keselamatan segera termasuk berpindah jika berada di kawasan berisiko bencana dan tanah runtuh.

- Bernama-Yonhap


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS