ADS
mk-logo
Berita
Jualan vape: Saya kesal Malaysia jadi Wild West, kata KJ
Diterbitkan:  Jul 17, 2023 3:37 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin menyuarakan rasa kesalnya mengenai penjualan berleluasa vape tanpa kawalan di negara ini.

Menerusi ciapannya di Twitter, Khairy mengakui Malaysia kini adalah “Wild West” selepas bahan nikotin tidak lagi dikawal oleh undang-undang dan betapa mudahnya produk itu dibeli oleh kanak-kanak bawah 18 tahun.

"Ya, ada isu penguatkuasaan sebelum ini tetapi kami kerap bertindak terhadap penjualan vape terutama kepada golongan bawah umur dan produk vape tidak dapat diiklankan.

"Kini ia adalah Wild West di Malaysia. Tiada penguatkuasaan kerana tiada undang-undang terhadap vape. Saya kesal ia menjadi sehingga ke tahap ini," katanya.

Ciapan Khairy itu merujuk kepada laporan Al Jazera yang memaparkan betapa mudah untuk kanak-kanan bawah umur membeli bahan nikotin di negara ini.

Dalam laporan penyiasatan 101 East, media antarabangsa itu mengunjungi enam kedai vape di sekitar ibu negara.

Menurut laporannya, tidak ada satu kedai pun yang meminta kad pengenalan bagi pengesahan umur sebelum remaja dibenarkan untuk membeli di sebalik ada notis yang melarang demikian.

ADS

Kementerian Kesihatan (KKM) pada 30 Mac lalu mengecualikan produk cecair atau gel nikotin daripada Akta Racun 1952. Ini  bagi membolehkan duti eksais dikenakan ke atas penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape berkuat kuasa pada hari berikutnya.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa didakwa menggunakan kuasanya sebagai menteri dengan mewartakan pengecualian itu walaupun terdapat bantahan Lembaga Racun dan kritikan orang ramai.

Berdasarkan kritikan, dia  memberi jaminan bahawa cecair vape dan produk berkaitan akan dikawal di bawah rang undang-undang kawalan tembakau - yang akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS