Keputusan pemilihan Gerakan yang diumumkan hari ini menyaksikan presiden parti itu Dominic Lau, timbalan presiden Oh Tong Keong dan ketiga-tiga penyandang naib presiden dipilih semula ke jawatan mereka.
Lau mendapat mandat memimpin Gerakan bagi penggal kedua meraih 429 undi daripada 1,130 undi atau 38 peratus, menjadikannya presiden minoriti pertama parti itu.
Pesaing terdekat ialah Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan Lau Hoi Keong, yang ketinggalan dengan 94 undi.
Pertandingan presiden Gerakan menyaksikan pertembungan empat penjuru. Calon lain ialah Ketua Gerakan Melaka Micheal Gan dan bekas setiausaha agung Liang Teck Meng.
Dalam pada itu, Oh memenangi 546 undi atau 48.3 peratus undian yang diberikan bagi jawatan timbalan presiden Gerakan.
Tiga naib presiden parti itu ialah Baljit Singh, Koo Shiaw Lee dan Alexander Lo Su Hyen.
Dalam pada itu, 18 jawatan ahli jawatankuasa pusat Gerakan diisi oleh antaranya Woo Cheong Yuen, Hng Chee Wey, Tan Lee Ngee, Loh Kah Yong, Tan Po Kiat, Ch’ng Boon Chye, Sin Koon Yen, Chandra Balabedha, Chai Ko Thing, Jimmy Chew Jyh Gang, Dennis Gau Thau Onn dan Lee Boon Shian.
Turut dipilih Tan Chin Hock, Syed Nor Azman Syed Daros, Ooi Pei Nar, Puvaniten M Helan Govan, Teoh Chin Wan dan Gan Kim Keng.
Bagi jawatan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda baru ia dimenangi tanpa bertanding oleh Chung Mon Sie dan Wong Chia Zhen.
Seramai 1,848 anggota perwakilan parti terlibat pemilihan Gerakan kali ini.