Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRN: Amanah dijangka tanding lebih 30 kerusi - Salahuddin
Diterbitkan:  Jul 11, 2023 4:22 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka bertanding lebih 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata Amanah akan bertanding sembilan kerusi DUN di Selangor, tujuh kerusi di Kelantan manakala tiga DUN di Negeri Sembilan.

“Terengganu (Amanah) mungkin bertanding tiga atau empat (kerusi) dan insya-Allah Kedah pula tujuh atau lapan (kerusi),” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan harga barangan di sebuah pasar raya, di Kuala Lumpur hari ini.

Salahuddin berkata parti itu yakin mampu mengekalkan kemenangan yang ada, serta mempunyai peluang seimbang untuk merebut kemenangan di negeri yang ditadbir pembangkang ketika ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah diadakan serentak pada 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala undi awal pada 8 Ogos dan penamaan calon pada 29 Julai.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS