Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saham EP Manufacturing naik hampir 29 peratus
Diterbitkan:  Jul 11, 2023 12:46 PM
Dikemaskini: 6:25 AM

Harga saham-saham EP Manufacturing Bhd naik hampir 29 peratus selepas mendapat kelulusan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi pengeluaran dan pemasangan kenderaan cekap tenaga, kenderaan penumpang elektrik dan komersial elektrik di Malaysia.

Pada 12.03 tengah hari Selasa, kaunter syarikat itu menokok 20.5 sen atau 28.87 peratus kepada 91.5 sen daripada 71 sen dengan sejumlah 42.35 juta saham berpindah tangan.

Laporan sebelum ini menyatakan kelulusan bersyarat MITI itu akan membolehkan anak syarikat milik penuh EP Manufacturing, Peps-JV (Melaka) Sdn Bhd (PJVM) untuk membangunkan sebuah kilang bagi mengeluarkan kenderaan terbabit dan produk berkaitan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu berkata langkah itu akan membuka lebih banyak peluang bagi pertumbuhan hasil dan perniagaan selain membantu penjajaran perniagaan dengan inisiatif mampan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS