Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Itali berjaga-jaga, suhu diramal 40 darjah Celsius 
Diterbitkan:  Jul 11, 2023 12:38 PM
Dikemaskini: 4:38 AM

Rom dan bandar-bandar lain di seluruh Itali diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada Isnin ketika negara itu sedang bersiap sedia menghadapi gelombang haba ekstrem yang menurut pakar kaji cuaca mungkin mencatatkan rekod baharu.

Peramal kaji cuaca menjangkakan suhu sekitar 40 darjah Celsius untuk baki minggu ini di bandar-bandar di seluruh negara ketika Eropah dilanda gelombang haba sejak beberapa minggu ini.

Kementerian Kesihatan Itali pada Isnin mengeluarkan amaran merah di sembilan daripada 27 bandar utama negara itu untuk sekurang-kurangnya satu daripada tiga hari akan datang. Bandar-bandar itu termasuk Rom, Florence di tengah Itali dan Bologna di utara. Malah Bolzano, jauh ke utara Itali diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada Selasa.

Lapan lagi daripada 27 bandar akan diletakkan pada tahap amaran jingga menjelang Rabu dan hanya empat bandar akan berada dalam status hijau, yang merujuk kepada suhu biasa.

Amaran merah turut menetapkan penduduk yang muda dan sihat untuk tinggal di dalam rumah selain perlu mengambil langkah berjaga-jaga ketika cuaca panas manakala amaran oren menandakan risiko yang sama tetapi hanya untuk golongan muda, warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Sementara itu, terdapat amaran tentang kemungkinan bekalan elektrik terhad dan kemungkinan kerosakan pada infrastruktur. Di beberapa bandar, pihak berkuasa mungkin menyediakan akses kepada minuman percuma di tempat awam.

- Bernama-Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS