Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tun Faisal, Ras Adiba sedia jadi calon PRN Bersatu
Diterbitkan:  Jul 10, 2023 10:59 AM
Dikemaskini: 2:59 AM

Bekas timbalan ketua Umno Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz dan bekas penyampai berita, Ras Adiba Radzi yang secara rasmi menyertai Bersatu, malam tadi tidak menolak untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mewakili parti baru mereka.

Bagaimanapun, bagi Tun Faisal, menjadi calon PRN bukan menjadi keutamaannya ketika ini apatah pula melobi bagi mendapatkan kerusi.

"Cuma jika diberi apa-apa tanggungjawab, Insya-Allah saya akan cuba laksanakan sebaik mungkin seperti mana saya pernah diberi tanggungjawab dalam BN dan kerajaan sebelum ini," katanya yang dipetik oleh akhbar Sinar Harian, hari ini.

Bagi Ras Adiba pula, terpulang kepada pimpinan parti untuk membuat sebarang keputusan.

"Saya bersedia (menjadi calon), tetapi tidak kisah dicalonkan ataupun tidak,” katanya kepada ahkbar berkenaan.

Kedua-dua bekas ahli Umno itu ditemui pada pelancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di Seremban, malam tadi,

Bagaimanapun Tun Faisal berkata, dia mahu mengelak daripada menjadi calon payung terjun kerana percaya di setiap kawasan sudah ada pemimpin dan tokoh tempatan sendiri.

"Saya bukan jenis orang masuk kawasan mengganggu gugat melainkan jika saya benar-benar diperlukan dan mereka rasa ada kemahiran dan kepakaran serta kelebihan saya boleh membantu pengundi dalam kawasan itu,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS