Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PN kerah jentera buat laporan ke atas Guan Eng
Diterbitkan:  Jul 9, 2023 10:53 AM
Dikemaskini: 2:58 AM

Pemuda PN mengarahkan jenteranya di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang didakwa pernah menuduh gabungan itu akan merobohkan tokong sekiranya mentadbir Pulau Pinang.

Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya telah dimaklumkan berkataan perkara itu dan menyifatkannya sebagai biadab dan untuk menakutkan pengundi Cina dalam PRN kali ini.

“Kenyataan ini adalah kemuncak kepada provokasi kaum yang bakal memusnahkan kedamaian dan perpaduan rakyat hanya semata-mata takut melihat penolakan rakyat kepada kerajaan perpaduan yang penuh penipuan, manipulasi dan kegagalan yang berturut-turut selama tujuh bulan pemerintahan yang gagal ini.

“Laporan polis akan dilakukan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan terhadap sikap perkauman pemimpin DAP ini. Pengarahan ini untuk seluruh jentera Pemuda PN di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam Lim menafikan dia pernah membuat dakwaan itu dan sebaliknya berkata ucapannya dalam bahasa Mandarin telah diputar belit seolah-olah ada pihak ingin merobohkan tokong Buddha atau tokong Cina.

“Ini tidak benar. Saya amat kesal ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah sengaja memutar belitkan ucapan saya dan menggambarkan seolah-olah membakar sentimen perkauman agama dan kaum,” kata Lim dalam kenyataan semalam.

Dia berkata ucapan itu dibuat merujuk kepada kes sebuah kuil Hindu berusia lebih 70 tahun di Kedah yang dirobohkan pada Julai 2020.

Sementara itu Ahmad Fadhli berkata PN mengecam keras kenyataan itu dan menyifatkan ia sebagai satu pembohongan besar untuk menutup kegagalan kerajaan mentadbir negara. 

“Hipokrit! Itu sahaja perkataan yang layak untuk diletakkan kepada para pemimpin kerajaan perpaduan apabila kononnya lantang mengecam isu 3R (royalty, religion, race) termasuk satu lagi 'r' iaitu region, tetapi apabila kenyataan berkaitan 4R ini dilaung oleh para pemimpin PH, mereka sendu seribu bahasa.

“Para menteri yang sebelum ini sibuk memberi amaran akan bertindak jika isu ini dibangkitkan, sekarang apa tindakan?” soalnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS