Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi: Rakam dan lapor jika PN buat kesalahan pilihan raya ketika PRN

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa pengundi untuk merakam sebarang kesalahan pilihan raya oleh PN dalam PRN di enam negeri nanti.

"Jika PN cuba beri wang, ambil video dan laporkan pada polis atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya nak tengok jika mahkamah kali ini akan hukum sesiapa di Terengganu, atau jika (PN) cukup berani untuk rasuah rakyat Kedah, sama ada menerusi duit atau program lain.

"Kita tahu ini berlaku dan telah dibuktikan di mahkamah," katanya ketika ceramah PH di Kulim malam tadi.

Rafizi memetik keputusan mahkamah untuk membatalkan kemenangan Ahmad Amzad Hashim di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU lalu.

Mengulas keputusan itu, Rafizi berkata berbeza dengan PN, tiada pemimpin daripada kerajaan perpaduan yang didapati bersalah di mahkamah.

"Mahkamah jarang masuk campur dalam pilihan raya, bermakna ada bukti begitu kuat sehingga mahkamah perlu buat keputusan batalkan kemenangan PAS di Kuala Terengganu," katanya.

Semalam, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari menggesa pengundi untuk memantau kehadiran menteri yang hadir memberi sumbangan di kawasan mereka.

Membangkitkan kes mahkamah yang sama, Ahmad Fadhli berkata bagi ia mempersiapkan mereka dengan petisyen pilihan raya jika ada keperluan untuk berbuat demikian.

Pada 27 Jun lalu, hakim Mahkamah Tingg Mohd Firuz Jaffril membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon BN untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Zubir Embong.

Hakim antara lain memutuskan ada unsur rasuah dalam pengagihan bantuan kewangan oleh kerajaan negeri - menerusi program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa - antara 15 hingga 17 November tahun lalu, iaitu beberapa hari sebelum hari mengundi.

Selain Kuala Terengganu, BN juga memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan PRU pilihan raya lalu di Parlimen Marang, Kemaman, Gua Musang, Putrajaya, Masjid Tanah, dan Segamat.

Namun, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengekalkan kemenangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang BN telah membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS