Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan campuran tumbang, PM Belanda letak jawatan
Diterbitkan:  Jul 8, 2023 10:59 AM
Dikemaskini: 2:59 AM

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte mengumumkan peletakan jawatannya pada Jumaat selepas kerajaan gabungan empat parti tumbang akibat perselisihan faham mengenai dasar imigresen, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan Perdana Menteri Belanda yang paling lama berkhidmat untuk berundur dibuat selepas kejatuhan gabungan parti pemerintah yang gagal mencapai persetujuan tentang cara menangani pencari suaka yang memasuki negara itu.

Selepas berhari-hari rundingan antara anggota Kabinet utama yang diketuai oleh Rutte, satu perjanjian tidak dapat dicapai dan pakatan pemerintah tumbang, lapor NL Times sebelum ini, memetik sumber.

Kejatuhan kerajaan gabungan itu menamatkan penggal keempat Kabinet Rutte yang mengangkat sumpah pada 10 Januari 2022.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS