Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pesuruhjaya kehakiman tarik diri dari kes saman Mahathir, Anwar
Diterbitkan:  Jul 7, 2023 3:52 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Jamhirah Ali menarik diri daripada kes saman fitnah bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Jamhirah membuat keputusan itu kerana hubungan kekeluargannya dengan peguam utama Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Peguam Mahathir, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata Jamhari membuat keputusan itu dalam pengurusan kes saman sivil itu hari ini.

Mahathir menyaman Anwar susulan dakwaan salah guna kuasa untuk mengumpul kekayaan semasa berkuasa.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS