Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sertai PN? MCA jawab dalam satu perkataan: 'No'
Diterbitkan:  Jul 7, 2023 3:28 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Presiden MCA Wee Ka Siong tidak berhasrat untuk melayan pelawaan PN supaya MCA dan MIC menyertai gabungan itu.

Dalam ciapannya, hari ini, Wee berkongsi laporan berita tentang jemputan Sanusi dan menjawap ringkas: "No (Tidak).”

Sanusi menghulurkan undangan itu susulan kenyataan MCA dan MIC bahawa mereka tidak akan menyertai pilihan raya negeri akan datang.

Penolakan tegas itu senada dengan pendirian setiausaha agung parti berkenaan Chong Sin Woon yang berkata MCA tidak ada rancangan sedemikian untuk meninggalkan BN.

Chong Sin Woon

Katanya, keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri tidak ada kaitan dengan komitmen MCA kepada BN.

“Oleh itu, tidak timbul soal menyertai pakatan lain,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, senator MCA Ti Lian Ker berkata keputusan parti untuk tidak bertanding adalah satu pengorbanan bagi memastikan pilihan raya negeri tidak akan dicemari dengan retorik perkauman dan agama yang memecahbelahkan itu.

Ti Lian Ker

Pilihan raya negeri akan diadakan di enam negeri, iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian serentak pada 12 Ogos ini.

Ia adalah kali pertama bekas seteru, BN dan Pakatan Harapan (PH) akan bertanding sebagai rakan sekutu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS