Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mahkamah sivil hari ini membatalkan denda RM86 juta oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap Grab berhubung dakwaan amalan anti-persaingan oleh syarikat itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Wan Ahmad Farid Wan Salleh petang tadi membenarkan semakan kehakiman oleh Grab Inc serta entiti korporat berkaitan Grabcar Sdn Bhd dan Myteksi Sdn Bhd.

Wan Ahmad Farid dalam penghakiman, berkata keputusan cadangan mengenakan denda oleh MyCC itu, dicemari ketidakpatuhan prosedur dan melanggar prinsip keadilan semula jadi.

Susulan itu, pada perbicaraan atas talian menerusi Zoom, hari ini, hakim mengeluarkan perintah certiorari bagi mengetepikan keputusan cadangan oleh MyCC termasuk cadangan mengenakan denda terhadap Grab.

Dia juga memerintahkan MyCC membayar kos RM20,000 kepada Grab.

Wan Ahmad Farid bagaimanapun tidak membuat sebarang perintah berhubung ganti rugi kerana menurutnya Grab gagal menunjukkan kepada mahkamah bahawa ada unsur niat jahat (mala fide) di pihak MyCC berhubung keputusan cadangan itu.

Pada Dis 2019, Grab memfailkan cabaran undang-undang terhadap MyCC berhubung denda lebih RM86 juta terhadap syarikat itu kerana dakwaan melanggar Akta Persaingan 2010 melalui pengenaan klausa sekatan ke atas pemandunya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS